KOTA BHARU: Penyatuan ummah bukan sekadar membabitkan PAS
dan Umno semata-mata, malah meliputi semua pihak termasuk di Sabah dan Sarawak.
Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
cuma pada peringkat awal kerjasama dimulakan PAS dan Umno terlebih dahulu.
Katanya pada peringkat awal biarlah dimulakan dua parti
teras di negara ini sebelum diperluaskan kepada mana-mana pihak.
“Ada penduduk bukan Islam tanya saya adakah penyatuan ummah
hanya membabitkan PAS dan Umno sahaja.
“Saya sebut tidak kerana kita hanya mulakan dengan parti
teras dahulu, biar selesai parti teras orang Melayu di negara ini maka
kerjasama dengan parti-parti lain akan menjadi lebih mudah,” katanya pada
kuliah di Medan Ilmu di sini hari ini.
Menurutnya juga pertemuan jawatankuasa teknikal membabitkan
PAS dan Umno diadakan baru-baru ini dan dijangka boleh diumum piagam bersama
pada Ogos nanti.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment