Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 23, 2019

KPN PATUT LETAK JAWATAN KALAU GAGAL BERSIKAP ADIL






Pengerusi Sekreatariat Suara Rakyat Datuk Lokman Noor Adam berkata, keputusan dari pakar forensik Indonesia telah mengesahkan individu di dalam video seks songsang yang tular di media sosial mempunyai padanan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.

Ekoran daripada itu, keputusan forensik tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk tindakan susulan.

“Pada mulanya saya ingin menyerahkan keputusan pakar forensik ini kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador namun kenyataan yang dikeluarkan olehnya menunjukkan dia menipu berkaitan kes ini maka saya akan serahkan kepada IPCMC agar Hamid Bador akan disiasat kerana menipu.
“Menurut Hamid Bador, video semburit itu tulen tetapi individu yang terlibat tidak dapat dipastikan dan negatif bukan Azmin dan ini jelas satu pembohongan. maka saya cabar untuk dia ambil tindakan kepada Haziq kerana telah menipu.

“Selain kenyataan Hamid Bador kononnya polis buang masa kerana siasat kes seks luar tabie ini juga tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang ketua polis negara kerana ini satu jenayah di bawah seksyen 377(A) dan 377(B) kanun keseksaan,” ujar beliau kepada media sejurus tiba di KLIA.

Selain itu Lokman juga mendesak agar Hamid Bador meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana gagal bersikap adil dan tunduk pada desakan politik daripada pihak tertentu.


0 comments:

share2