Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 22, 2019

MUAFAKAT UMNO-PAS AKAN MENJADI ASAS KEPADA MUAFAKAT NASIONAL – ANNUAR





KUALA LUMPUR:  “UMNO ingin menegaskan sekali lagi bahawa muafakat dan kerjasama politik UMNO-PAS menjadi fokus dan komitmen utama UMNO, dalam usaha memperbaiki kebobrokan politik dan pemerintahan negara masa ini,” kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.


Tegas beliau, sebarang percubaan membuat spekulasi liar tanpa asas termasuk kononnya pimpinan UMNO sedang merundingkan penggabungan dengan parti lain adalah tidak benar.


“UMNO akan teguh bermuafakat bersama PAS dan akan membuat perhitungan politik secara bersama berpandukan piagam dan kesepakatan yg termeterai di antara kedua-dua parti.


“Muafakat UMNO-PAS akan menjadi asas kepada muafakat nasional yang lebih besar dan inklusif agar membentuk satu usaha padu ke arah merubah politik dan pemerintahan negara supaya rakyat benar-benar terbela dan negara benar-benar sejahtera,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh. 


Dalam kenyataan media beliau semalam, UMNO mengucapkan tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan semua saf kepimpinan PAS yang dipilih di Muktamar Tahunan parti itu.


Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO juga mengalu-alu dan menyambut baik Ucapan Dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, khususnya menyentuh Piagam dan lima Prinsip Kerjasama Politik PAS.


Sumber: MediaUMNO

0 comments:

share2