KUANTAN, 15.5.2019 : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat berbuka puasa
bersama rakyat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini hari ini.
Seri Paduka tiba di Padang MPK 1, yang terletak besebelahan
Masjid Negeri diiringi Raja Permaisuri
Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda berdua turut meninjau bazar Ramadan Mahkota Square serta beramah mesra dengan penduduk dan membeli juadah di situ.
Hampir 2000 orang penduduk hadir dan mereka tidak melepaskan
peluang untuk beramah mesra dan merakamkan gambar kenangan bersama Baginda.
0 comments:
Post a Comment