PEKAN, 16.5.2019 : Seramai
614 orang pelajar menerima Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang di Dewan Utama Muip Pekan, hari ini.
EXCO Sains,
Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia, Dato' Mohammad
Fakhruddin Mohd Ariff merangkap Adun
Bebar hadir di Majlis Penyerahan Biasiswa bagi menyempurnakan acara.
Menurut beliau sebanyak 26 buah sekolah terlibat dan seramai
2956 orang pelajar layak terima Biasiswa
Seramai 169,485 murid bermula tingkatan 1 sehinggalah
tingkatan 6 menerima manfaat daripadanya setiap tahun. Setiap pelajar menerima ebanyak
RM600.00 setahun yang diberikan sepanjang tempoh pengajian mereka di sekolah.
Selama lebih 35 tahun Yayasan Pahang beroperasi, sebanyak
RM290 Juta telah dibelanjakan bagi tujuan Biasiswa sekolah menengah ini
manakala bagi pelajar sekolah rendah pula seramai 108,239 pelajar menerima
manfaat ini.
Turut hadir sama Ustaz Hamizi Yaakub, Ketua Pegawai
Khas Menteri Besar dan Dato' Ahmad Azmey Bin Abu Talib, Setiausaha
Umno Bahagian Pekan.
0 comments:
Post a Comment