SD Salleh
Pakatan Harapan menjanjikan pendidikan percuma sejak dari
dahulu lagi dan ianya pernah terkandung di dalam belanjawan alternatif mereka
sebelum PRU 14. Pakatan Harapan juga berkata sekiranya mereka berjaya menawan
Putrajaya mereka akan memberi bukan sahaja pendidikan percuma malah PTPTN juga
akan dihapuskan dengan kaedah pemansuhan GST. Sekarang ini mereka sudah menawan
Putrajaya dan juga menghapuskan GST, apa jadi dengan pendidikan percuma ni?
PTPTN dan juga pendidikan percuma ini sebenarnya telah
digunakan oleh Pakatan Harapan sebagai satu alat ataupun senjata untuk meraih
undi terutamanya terhadap pengundi golongan muda. Mereka ketika itu kononya
mewakili suara golongan muda dan memperjuangkan hak golongan muda. Mereka
bermati-matian memperjuangankan pemansuhan PTPTN dan memberi pendidikan percuma
kepada rakyat Malaysia.
Pakatan Harapan juga menghasut golongan muda untuk tidak
membayar pinjaman PTPTN dan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional kejam
kerana membuat sekatan ke luar negara bagi yang tidak melunaskan pinjaman
PTPTN.
Apabila mereka mengambil alih kerajaan, Pakatan membuat
pusingan “U-turn” berkaitan PTPTN dan pendidikan percuma. Ini adalah kerana
hasutan yang mereka lakukan kepada golongan muda untuk menjanjikan pendidikan
percuma dan tidak perlu membayar PTPTN berterusan sehinggakan hari ini. Jadi
mereka memperkenalkan semula sekatan ke luar negara malah memperketatkan lagi
dengan menyekat peminjam dari memperbaharui lesen memandu dan juga cukai jalan
jika tidak membuat pembayaran PTPTN. Dan senjata PTPTN ini memakan Pakatan
Harapan.
Kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu untuk membuat bising
atau menyentuh isu PTPTN. Mereka laksanakan terus apa yang mereka janjikan
dengan memansuhkan terus PTPTN ini. Baru la selaras dengan janji mereka untuk
memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.
pengundi di saluran 4, 5 dan 6 iaitu golongan muda. Dulu,
jika tidak bayar PTPTN, larangan hanya untuk ke luar negara sahaja. Sekarang,
jika tidak bayar PTPTN, bukan sahaja tidak boleh nak ke luar negara, nak pergi
kerja pun tak boleh dengan lesen memandu mungkin tidak boleh diperbaharui ? dan cukai jalan pun sama ? Pergi kerja naik
pengangkutan awan saja lah. Jadi, siapa lagi kejam?
0 comments:
Post a Comment