Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 15, 2019

PAHANG CORPORATION BAKAL MENYELARAS OPERASI SYARIKAT NEGERI PAHANG




KUANTAN –  Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail  berkata penubuhan Pahang Coporation  bakal menjadi agensi penyelaras bagi memperkemaskan operasi syarikat berkaitan kerajaan negeri, selain memastikan semua pelaburan yang hendak dilakukan telah melalui jawatankuasa risiko.


“Sebagai negeri pembangkang, Pahang berdikari dalam usaha menjadi negeri maju dan sedang menerokai  sumber baharu seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui, pelancongan kesihatan, dan sukan kerana menyedari ia tidak boleh selamanya bergantung kepada mineral dan balak”.


"Slogan #majuterusPahang yang diperkenalkan sebaik sahaja saya mengambil alih pentadbiran negeri pada 15 Mei 2018 bertujuan membawa Pahang menjadi negeri yang mampu berdikari dengan sumber ekonomi yang mampan, pengurusan sumber dan pentadbiran yang efisien dalam suasana yang aman bagi menjamin kesejahteraan rakyat."


"Saya mengakui bahawa kejayaan Pahang adalah apabila dapat meningkatan pendapatan negeri dalam tempoh empat bulan pertama 2019 iaitu kepada RM181.5 juta, berbanding RM140.2 juta untuk tempoh sama tahun sebelumnya," katanya


Menyedari bukan mudah bergelar negeri pembangkang, Wan Rosdy mengakui beliau tekad untuk menjalin hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan demi kebajikan dan kebaikan rakyat.


Berdasarkan pengalaman tiga sesi persidangan DUN (DUN) Pahang sebelum ini, Wan Rosdy mengakui beliau menghargai sikap matang dan hormat-menghormati semua wakil rakyat negeri ini, walaupun komposisi wakil BN kini hanya melebihi lapan orang daripada pembangkang.


"Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan pembangunan RM30,000 kepada wakil rakyat pembangkang yang akan diberikan secara 'lump sum' yang menunjukkan sikap bertimbang rasa dan kedududukan kewangan negeri berada dalam keadaan stabil," katanya.


Wan Rosdy juga menyifatkan prestasi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai 'baik, mengetahui tugasan mereka, dan memahami kehendak dan hala tuju negeri', yang turut menjadi faktor peningkatan pendapatan negeri.


0 comments:

share2