SHAH ALAM - Kaum Melayu Bumiputera dilihat kembali semula
kepada parti UMNO setelah setahun menjadi pembangkang.
Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Lokman Noor Adam berkata,
kerjasama antara UMNO dan Pas juga menjadi sebab parti itu kembali mendapat
sokongan Melayu dan India.
"Dianggarkan peratusan sokongan kaum Melayu kepada dua
parti itu adalah 70 hingga 80 peratus setakat ini.
"Kita hanya perlu tarik sikit sahaja lagi iaitu dalam
20 peratus untuk turut menyokong UMNO dan Pas. Selain sokongan India juga
semakin bertambah.
“Namun, UMNO perlu memperbanyakkan lagi usaha memastikan
sokongan dari kaum Cina dapat diraih semula,” katanya kepada Sinar Harian hari
ini.
Lokman berkata, sokongan kaum Cina ketika ini masih kuat
bersama kerajaan PH kerana mereka selesa mendapat pelbagai keistimewan dan
kelebihan yang diberikan barisan pimpinan kerajaan yang ramai daripada mereka
adalah berbangsa Cina.
“Ramai daripada mereka (pemimpin PH Cina) menjadi ahli
Parlimen khususnya dalam jawatan menteri dan Kabinet kanan.
“Namun, saya yakin lambat laun, mereka yang masih menyokong
itu akan kembali kepada UMNO apabila melihat kegagalan kerajaan PH,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kerjasama UMNO dan Pas,
Lokman berkata, kerjasama itu perlu dipertingkatkan seolah-olah Pilihan Raya
Umum (PRU) akan berlaku tahun ini.
“Sewajarnya, UMNO dan Pas menjadi juara dalam memperjuangkan
nasib kaum Bumiputera dan dalam masa sama kita hormati hak kaum India dan
Cina,” jelasnya.
Tambahnya, UMNO perlu bergerak secara berpasukan untuk
mengukuhkan lagi parti tersebut.
“Tekanan oleh sesetengah pemimpin UMNO kepada kerajaan PH
masih belum cukup kuat, sepatutnya dilakukan secara berpasukan. Setiap kenyataan atau desakan harus disokong oleh seberapa
ramai ahli dan pihak-pihak lain,” katanya.
SUMBER:
0 comments:
Post a Comment