Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 17, 2019

ASNAF DAN ANAK YATIM MUKIM TEMAI DI HATI PEMIMPIN




PEKAN. 17.5.2019:  Dalam mencari keberkatan bulan Ramadhan, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Exco Komunikasi Pahang Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama penduduk Mukim Temai menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Temai, Pekan.


Kedua pemimpim masyarakat ini turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan anak yatim selepas Solat Tarawih bagi meringankan beban mereka di bulan Ramadan yang mulia ini.


Dato Seri Najib Tun Razak turut  menyampaikan biasiswa kepada 531 orang pelajar sekolah menengah berjumlah RM300 seorang sempena majlis penyampaian biasiswa Yayayan Pahang (YP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Dewan Shahbandar, Bandar Chini, Pekan hari ini.


Menurut Dato Seri Najib, jika dilihat pada jumlah bantuan yang diberikan itu tidaklah besar tetapi ia diharap dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapa terutama dari golongan kurang berkemampuan. Sebanyak RM184,200 biasiswa sekolah menengah telah diberikan kepada pelajar seluruh parlimen Pekan.


Tambahnya, bantuan ini juga turut diberi kepada kaum lain bergantung kepada taraf pendapatan keluarga dan bukannya khas kepada kaum Melayu sahaja.


“Saya juga bangga dengan komitmen tinggi Yayasan Pahang yang terus menaja biasiswa kepada anak-anak Pahang sejak 36 tahun lalu, Tahniah juga diucapkan kepada Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang berjaya memacu negeri Pahang hingga berjaya meningkat hasil negeri RM 41.36 juta dalam empat bulan pertama tahun ini, sehingga mampu memberikan bantuan Hari Raya berjumlah RM600 kepada penjawat awam di Pahang".


“Semoga pelajar sekalian akan terus berusaha dengan lebih gigih menjadi modal insan yang cemerlang kepada agama, bangsa dan negara", kata beliau.


0 comments:

share2