JELAI: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
telah menyampaikan bantuan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang 2019
bagi Dun Jelai di Dewan Bahagian Cameron Highlands.
Seramai 124 orang murid telah menerima sumbangan yang mana
120 orang dari SMK LKTP Sungai Koyan dan 4 dari SK Betau.
Setiap murid akan menerima wang tunai sebanyak RM300 dan
jumlah implikasi kewangan pada hari ini adalah sebanyak RM72,300 dan ini
merupakan bayaran penggal kedua bagi tahun 2019.
Bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui
Yayasan Pahang (YP) ini dijangka dapat meringankan beban ibu bapa dalam
menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak menimba ilmu pengetahuan.
Dari tahun 1983 hingga Disember 2018, Yayasan Pahang (YP)
telah membelanjakan hampir RM1.2 Billion untuk membiayai biasiswa, pinjaman
pendidikan, dan program-program pendidikan, sukan, kebudayaan dan
kemasyarakatan.
0 comments:
Post a Comment