Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 15, 2019

PETUGAS PH BIADAP LANGKAUI TUGAS POLIS






Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan membidas tindakan beberapa orang petugas Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dianggap biadap dan melangkaui batas apabila memeriksa anggota Polis yang bertugas.

Beliau mempertikaikan hak petugas PH tersebut kerana sebagai orang awam mereka tiada hak mengganggu anggota polis yang sedang bertuas.

“Pada saya ia satu tindakan ala samseng yang angkuh apabila mereka dakwa ada hak untuk periksa siapa sahaja kerana sudah ada kuasa. Kuasa apa? Adakah bila PH memerintah mereka boleh melanggar undang-undang?

“Inilah yang membezakan sikap antara penyokong BN dan PH, kami sejak dulu sentiasa menghormati dan beri kerjasama baik kepada pasukan keselamatan terutamanya PDRM tidak kira di mana.

“Pengorbanan pasukan polis amat besar dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman kita semua rakyat Malaysia. Jadi adakah layak mereka dilayan sedemikian? Apakah tindakan Menteri Dalam Negeri apabila anak buah diperlekehkan sebegini ?,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Justeru, beliau menggesa agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini agar undang-undang rimba tidak terus diamalkan.

Semalam viral di media sosial berkaitan video yang menunjukkan beberapa petugas PH memeriksa kenderaan polis dipercayai pada hari pengundian PRK DUN Rantau.

Video berdurasi 44 saat itu menunjukkan petugas-petugas berkenaan menyoal anggota polis selain meminta membuka kabin bagasi kenderaan polis untuk diperiksa oleh mereka.


0 comments:

share2