Lipis: 13.1.2019:
Susulan tindakan Senator Dewan
Negara, Bob Manolan Mohamad menggugut Tok Batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan
(PH) terus mendapat bantahan daripada Tok Batin di negeri ini yang tampil
membuat laporan polis hari ini.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil Tok Batin iaitu
Pengerusi Batin Pahang, Norya Abas di Balai Polis Sungai Koyan di sini.
Norya yang juga Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung
Malaysia berkata, kenyataan yang dibuat oleh Bob Manolan telah menimbulkan
keresahan dalam kalangan Tok Batin di negeri ini.
Katanya, kenyataan yang bersifat mengugut juga telah
mengguris hati tok batin yang sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan
dalam membangunkan Orang Asli.
"Tidak sepatutnya seorang Senator yang datang dari kaum
kami sendiri mengeluarkan kenyataan yang sebegitu yang kami rasa merendahkan
dan memperlekehkan kepimpinan batin-batin di seluruh negara.
"Tujuan saya dan rakan-rakan membuat laporan bagi
membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terperinci dan
mengenakan tindakan mengikut undang-undang," katanya.
0 comments:
Post a Comment