Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 19, 2019

[LIPIS] KERAJAAN NEGERI TERUS BANTU IBU TUNGGAL


PENGERUSI Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga



Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan nasib ibu tunggal malah akan meneruskan usaha membantu golongan itu bagi memastikan nasib dan masa depan mereka sentiasa terbela.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin berkata, usaha membantu golongan itu akan dipergiat dan tidak akan terbantut meskipun kerajaan Persekutuan dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH).

“Memang kita sentiasa memberi tumpuan bagi membantu ibu tunggal ini cuma ia tidak diuar-uarkan sebab bukan dalam bentuk bantuan bulanan dan tidak berbentuk geran khusus.

“Kita tengok dari satu kes ke satu kes, sekiranya mereka memerlukan, bantuan seperti bantuan anak sekolah, menghidap sakit kronik malah bantuan keusahawanan kita bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama ibu tunggal di Felda Sungai Koyan 2 di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini terdapat kira-kira 20,000 ibu tunggal yang berdaftar di negeri ini.


0 comments:

share2