Putrajaya, 18.1.2019: Harga runcit petrol
RON97 dinaikkan kepada RM2.28 seliter daripada RM2.22 seliter, manakala harga
runcit petrol RON95 dinaikkan kepada RM1.98 seliter daripada RM1.92 seliter dan
diesel kepada RM2.17 daripada RM2.05 seliter.
Harga runcit petroleum dinaikkan mulai 12
tengah malam bagi tempoh 19 hingga 25 Jan 2019, kata Kementerian Kewangan hari
ini.
Kenaikan ini adalah berikutan harga produk
petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah
menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada USD60
setong kepada USD63 setong bagi petrol RON95 dan daripada USD68 setong kepada
USD72 setong bagi diesel.
0 comments:
Post a Comment