Jelai.20.1.2019: Terbaharu, Manogaran
menuduh Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai tidak
membuat apa-apa usaha bagi menyediakan jaringan jalan raya yang sempurna di kawasannya.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan
Ismail menempelak calon Pakatan Harapan (PH) dari parti Dap, M.Manogaran yang
berterusan membuat tohmahan tanpa fakta.
Wan Rosdy membidas tindakan
Manogaran ibarat seperti pepatah Melayu ‘gajah di depan mata tak nampak, kuman
di seberang lautan kelihatan’.
Ironinya, kelulusan peruntukan RM15 juta
pada Ogos 2016 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
bagi pembinaan jalan raya sepanjang 30 kilometer (KM) antara Pos Betau dan Pos
Lenjang telah dihentikan oleh kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14), tegasnya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Justeru Wan Rosdy menimbulkan persoalan
yang mudah kepada calon PH tersebut yang sedang menikmati hasil pembangunan
kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Pertama saya hendak tanyakan beliau;
Laluan manakah yang diambilnya dari Tanah Rata – Ringlet ke Sungai Koyan dalam
tempoh PRK (Pilihan Raya Kecil) Parlimen Cameron Highlands ini, jika tidak
melalui jalan raya tanah tinggi Ringlet – Sungai Koyan sejauh 79.1 KM yang
kerajaan BN bina dan siap pada Mac 2010?
“Ketika itu, saya sudahpun berada dalam
penggal kedua saya sebagai Ahli Dewan Negeri Jelai, sejak pertama kali
bertanding dan memenanginya pada PRU Ke-11 lagi pada tahun 2004.
“Saya juga ketika itu, berada pada penggal
pertama sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, memegang portfolio
Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri,” ujarnya lagi yang
turut mengiringi Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Adnan Yaakob pada 20 Ogos
2009 membuat tinjauan sehari suntuk melihat perkembangan pembinaan jalan raya
yang 80 peratus siap.
Tambahnya, pembinaan jalan raya oleh
kerajaan BN itu yang bernilai RM806 juta telah memberi kemudahan dan kelegaan
kepada rakyat setempat khususnya.
“Dengan adanya jalan raya tanah tinggi
inilah telah memudahkan perjalanan darat dari Tanah Rata, turun ke Ringlet
kemudian ke Lembah Bertam, seterusnya ke Hulu Telom, Pos Menson, Kampung Susu,
Pos Betau hinggalah ke Sungai Koyan.
“Dengan adanya jalan raya tanah tinggi
inilah juga maka Cameron Highlands boleh dikunjungi menerusi daerah dalam
negeri ini sendiri iaitu Lipis.
“Sebelumnya, laluan ke tanah tinggi ini
perlu melalui Perak sama ada menerusi Tapah atau Simpang Pulai, serta Kelantan
menerusi Gua Musang,” katanya.
Sumber.
0 comments:
Post a Comment