Saya lahir dan membesar dalam pesekitaran alam semulajadi. Lama terlibat dalam 'eco-tourism'. Akrab dengan Orang Asli suku Bateq. Kenal adat dan budaya mereka serta faham pertuturannya.
Walaupun dengan suku kaum di Cameron Highlands terasa asing namun mendekati mereka bukanlah sukar.
Hari ini bekas Perdana Menteri DS Najib melawat beberapa kawasan di Cameron Highlands bertemu pengundi. Sambutan sangat hangat. Berbagai kaum dan peringkat umur semua mendekatinya.
Lihatlah, kanak-kanak pun mengerumuninya tanpa paksaan dan tidak diaturkan. Walaupun karier politiknya dibunuh, namun auranya tetap hidup segar...dan tidak akan mati.
Saya melihatnya sendiri, tidak ada pemimpin politik (Malaysia) yang dikasihi rakyat sepertinya dan seikhlasnya. Pasti dalam sejarah akan tercatat bahawasanya rakyat merasa kesal kerana menjatuhkannya sementelah pula hanya berdasarkan fitnah semata-mata.
Hakikatnya adalah: rakyat semakin rindukan zaman DS Najib...rindukan pemerintahan BN yang lebih mencakna rakyat.
"Jika kita duduk ditempat yang gelap, bayang-bayang kita tidak akan kelihatan"
0 comments:
Post a Comment