Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 17, 2018

TERGAMAK PEMIMPIN PH SAMAKAN PEMUNGKIRAN JANJI MANIFESTONYA DENGAN NABI SAW






Tergamak sungguh Pimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) YB Khalid Samad menisbahkan dan menyamakan pemungkiran janji manifesto Pakatan Harapan (PH) mereka dengan junjungan Nabi SAW.

Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berikutan Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa Nabi pun pernah tidak dapat menunaikan janji, apatah lagi manusia biasa sebagai maklum balas terhadap janji manifesto PH yang belum dapat dilaksanakan.

“Hakikatnya Nabi SAW tidak pernah mungkir janji. Sedarlah bahawa Nabi SAW membuat apa jua tindakan dan keputusan bersandarkan wahyu, sedangkan manusia membuat tindakan dan keputusan bersandarkan nafsu.
“Beradablah dengan Nabi SAW. Usahlah terlalu rakus berpolitik sehinggakan mahu diheret Nabi SAW dalam menutupi kelemahan diri dan terus menerus menipu rakyat,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahwa Nabi SAW sendiri dalam hadith yang sahih melarang kita daripada sewenangnya mengaitkan sesuatu tindakan dan ijtihad kita atas nama hukum Allah.

“Pernah satu ketika Baginda melarang Panglima perang baginda bernama Buraidah untuk tidak menjatuhkan (menamakan) hukum Allah ke atas musuhnya apabila dia mengepung mereka.”

Katanya, Nabi saw bersabda yang bermakna:

“Maka sesungguhnya kamu tidak mengetahui adakah kamu menepati dengan hukum Allah ataupun tidak ke atas mereka, tetapi jatuhkanlah kepada mereka hukum kamu sendiri dan hukum sahabat-sahabat kamu”.
(Hadith riwayat at-Tabrani dalam al Mu’jam al Ausat)

“Maka renungilah bagaimana Nabi SAW membezakan antara hukum Allah dan hukum panglima perang yang sedang berijtihad. Baginda juga melarang untuk dinamakan hukum orang-orang yang berijtihad sebagai hukum Allah.”

Khalid dilapor berkata demikian ketika sesi penggulungan sebagai pengarah komunikasi di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh, semalam. 




0 comments:

share2