Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 16, 2018

SUDAHLAH DANA RMT DIPOTONG, KINI ADA SYARAT PELIK



Sudahlah Dana RMT Dipotong, Kini Ada Syarat Pelik



KANTOI… Setelah malu terbongkar rahsia peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada 2019 dipotong hampir RM10 juta, kini satu lagi berita buruk skim ini tular menerusi media sosial.

Ia mula didedahkan seorang pengguna akaun sosial Twitter yang hanya mahu dikenali dengan nama Ajeling apabila memuat naik tangkap layar permohonan jirannya ditolak waima pendapatan kecil pemohon itu boleh dianggap B40.

Dia kicau: “Salam Dr. Maszlee, kenapa kriteria baru layak RMT untuk gaji RM580 ke bawah walhal upah minimum seluruh negara RM1,100? PGK Nasional terbaru pun RM980. Kenapa tak terus dengan kelayakan sebelum ni?”

Ajeling turut dakwa: “Selama ni anak jiran aku dapat aja RMT, untuk tahun depan pula tak dapat padahal gajinya sama je. Kalau ni kriteria lama, kenapa tak diperbaharui? Perkapita RM140 is so last year. #justice4anakjiran”

Kicauan netizen itu tular dalam kalangan pengguna media sosial dan ramai mendakwa Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang selama ini dijadikan panduan asas penerima skim RMT sebagai tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Malahan beberapa netizen mendakwa, selama ini ramai pemohon bergaji RM2,000 sebulan pun layak dapat RMT, tetapi kini setelah kemas kini data permohonan bagi 2019, pendapatan tersebut dianggap tidak layak lagi dibantu.





Langkah aneh kementerian yang kini perketat syarat pemohon turut dikritik banyak pihak dan nyata tindas murid keluarga miskin akibat terpaksa tahan lapar ketika bersekolah hanya kerana gaji bulanan penjaganya lebih RM930.

Ada menyifatkan bahawa penolakan pemohon bergaji rendah sedemikian ekoran pemotongan bajet skim RMT yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika bentang Belanjawan 2019 di Parlimen pada 2 November lalu.

Untuk rekod, bekas menteri kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bentang Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 sedia dana RM299,974,900 berbanding Belanjawan 2019 oleh Setiausaha Agung DAP itu hanya RM289,000,000.

Justeru, timbul persoalan adakah Guan Eng tidak peduli dengan nasib keluarga miskin B40 apabila kenakan syarat tegas gaji sedemikian sekali gus bukti bajet dibentangkan itu bukan untuk rakyat sejahtera tetapi rakyat sengsara!

RMT yang diwujudkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 1979 dilaporkan telah beri manfaat kepada seramai 2,607,617 murid sekolah rendah di seluruh negara yang bukan dari keluarga M40 dan T20.


0 comments:

share2