Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 23, 2018

[KUANTAN] MSP HARGAI ATLIT CEMERLANG



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rompin, Datuk Mohd Johari Hussain



Sebanyak RM246,800 telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Pahang (MSP) bagi insentif kepada atlit yang cemerlang dalam bidang sukan.

Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Dato' Sri Mohd Johari Hussain memberitahu, insentif itu adalah pemberian khas mengikut Skim Hadiah Kecemerlangan MSP bagi atlit yang emas, perak dan gangsa dalam pelbagai acara sukan.

Menurutnya, pemberian itu meliputi altit yang memenangi pingat pada Sukma, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Sukan Komenwel.

"Kerajaan sentiasa ambil perhatian terhadap perkembangan sukan di negeri ini..malah kita juga mengambil berat tentang pencapaian dan kebajikan atlit di sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

"Sebagai contoh, pada kejohanan Sukma yang berlangsung di Perak baru-baru ini, kontinjen Pahang meraih 33 pingat emas, 20 pingat perak, serta 30 pingat gangsa dan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka, ganjaran melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan disalurkan ke akaun atlit 24 jam selepas keputusan rasmi dikeluarkan penganjur," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dun Pahang Ke-14 bagi menjawab soalan Lee Chin Chen (PKR-DAP) bertanyakan mengenai ganjaran diterima atlit mewakili Pahang dalam Sukma baru-baru ini. 

Dalam perkemangan itu, Mohd Johari berkata, kerajaan negeri bersetuju memberikan insentif RM2,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM2,000), gangsa (RM1,000), berpasukan kurang daripada lima orang (RM2,000 setiap atlit), perak (RM1,000), gangsa (RM750).

Jelasnya, bagi acara berpasukan lebih daripada lima orang, setiap atlit menerima RM1,000, perak (RM600) dan gangsa (RM400).


0 comments:

share2