Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 5, 2018

SELEPAS BRITAIN ZAHID TERIMA KUJUNGAN AUSTRALIA PULA




Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski di ibu pejabat parti di sini, semalam.

Turut bersama ialah Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Australia, Jane Barrlett dan Setiausaha Kedua, Elizabeth Le Bas.

Ini adalah kunjungan hormat kedua dibuat oleh perwakilan asing di Malaysia ke atas beliau, selepas perwakilan Britain semalam.

Dalam pertemuan hari ini, mereka bertukar pendapat mengenai suasana politik semasa serta kerjasama erat di antara UMNO dan Australia.


0 comments:

share2