Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 28, 2018

[LIPIS] SANGKA BARU DUA HARI HILANG



Sangka baru dua hari hilang



Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30, menyangka hanya hilang dua hari di kawasan hutan tersebut.

Perkongsian itu diceritakan oleh Ketua Kumpulan Pemandu Arah Gunung Tahan- Merapoh, Sabri Zoo,37 yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli,30 di kawasan Hutan Simpan Yong,Taman Negara.

Menceritakan pengalamannya bersama ahli kumpulan itu kepada Sinar Harian semalam, Sabri memberitahu, mangsa menyangkakan hanya baru dua hari hilang selepas ditemui pada Sabtu lalu.

Kumpulan itu antara NGO yang terlibat dalam SAR tersebut dan mula menyertai operasi itu pada Sabtu lalu berikutan kehilanganselama 14 hari sebelum ditemui selamat pada hari sama.

"Tapi apabila ditanya haribulan dia dapat menjawab dengan tepat, 26 Ogos mungkin telah dimaklumkan oleh pasukan pencari sebelum ini," katanya.

Ahmad Tarmizi ditemui di kawasan sebatang anak sungai kira-kira lima kilometer(km) dari kawasan dia dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, Sabri mendakwa terbau harum di kawasan berhampiran mangsa ditemui ketika kumpulan itu diberikan tanggungjawab membawa mangsa keluar dari kawasan ditemui ke Kem Pengkalan 2, kelmarin.

"Sepanjang perjalanan selama dua jam bermula 10 pagi ke kem pengkalan, kami berbual-bual dan mangsa menceritakan pengalamannya,"katanya lagi.

Ujarnya, ketika sampai di lokasi,mangsa dilihat termenung sambil mencangkung di atas kayu namun tetap ceria walaupun keletihan.

Ditanya apa yang berlaku pada hari kehilangannya, mangsa mendakwa mengikut kawannya dan menoleh setiap kali dipanggil sehinggalah tersedar sudah sesat.

Dakwanya, mangsa mengakui sudah terfikir untuk berganjak daripada lokasi terbabit pada Sabtu lalu jika masih gagal ditemui.

Dalam pada itu,mangsa mengakui didatangi ramai orang sepanjang tempoh kehilangan tersebut.

"Dia juga bagi tahu didatangi ramai orang termasuk yang menyerupai rakan sekerja mengajaknya pulang tetapi dia menolak ajakan mereka.

"Malah pada hari ditemui dia hanya mengikut ke arah pasukan penyelamat selepas diberikan salam kerana pengalamannya berdepan pelbagai 'orang' sebelum itu.

"Selain itu dia mendakwa terdengar bunyi helikopter berhampiran tetapi tidak mampu menjerit kuat kerana kepenatan,"katanya.

Tambahnya, Tarmizi memberitahu makan udang sungai dan buah-buahan hutan sepanjang tempoh terbabit untuk mengisi perut.

Ujar Sabri lagi, dia dan ahli kumpulan itu bersyukur kerana mangsa berjaya ditemui pada hari tersebut.

"Walaupun sekejap hanya tidak sampai sehari terlibat dalam operasi itu, kami bersyukur kerana dapat membantu.

"Saya sanggup menolak tawaran menjadi pemandu arah sebuah kumpulan ke Gunung Tahan pada hari esok kerana mahu turut serta dalam operasi ini,"jelasnya.


0 comments:

share2