Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 19, 2018

[KUANTAN] LAWATAN MENTERI BESAR PAHANG KE CREEK CLOSURE SUNGAI KOBAT DAN LOJI RAWATAN AIR PANCING






Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan lawatan ke Creek Closure Sungai Kobat dan Loji Rawatan Air Pancing bagi melihat sendiri keadaan yang menyebabkan air masin mengalir masuk mencapuri air tawar di Sungai Kobat.

Beliau turut melawat  Muka Sauk di Pusat Rawatan Pancing dan sempat meninjau kawasan pelupusan sampah di Panching yang tidak terurus dengan baik.

Bersama Menteri Besar  adalah  Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi dan  Dato' Sri Norolazali Bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff.

Turut serta dalam lawatan ini adalah Agensi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Badan Kawal Selia Pahang (BKSA) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Pahang (JPA)

0 comments:

share2