Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 17, 2018

HISHAMMUDDIN INGATKAN MAT SABU 100 HARI SUDAH TAMAT



Hishammuddin Ingatkan Mat Sabu 100 Hari Sudah Tamat



KUALA LUMPUR – “Tempoh janji 100 hari Pakatan Harapan sudah tamat,” kata Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kata beliau, kini masa untuk Kementerian Pertahanan yang dipimpin Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau Mat Sabu menjelaskan perancangan kementerian itu.

Menurut beliau, Kementerian Pertahanan perlu menjelaskan kepada rakyat tentang rancangan kebajikan tentera, keselamatan serantau, diplomasi ketenteraan, pengambilalihan aset dan lain-lain untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Saya menanti perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Hishammuddin pada 8 Ogos lalu pernah mengingatkan Mat Sabu yang kini memegang jawatan Menteri Pertahanan bahawa tempohnya untuk ‘berbulan madu’ dalam kementerian tersebut telah tamat.

Katanya, sudah tiba masa untuk beliau pula mengkritik Presiden PAN itu termasuk memberi pandangan untuk kelangsungan kementerian tersebut dan anggota tentera Malaysia.

Tegas beliau, pembangkang dan masyarakat akan melihat bagaimana Kementerian Pertahanan menjalankan tugas terhadap kawalan keselamatan negara selepas 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Jelasnya, beliau sebelum ini tidak membuat banyak sangat komen supaya Mat Sabu diberi ruang untuk belajar dan melihat sendiri keadaan Kementerian Pertahanan.


0 comments:

share2