Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 27, 2018

KUANTAN: PROGRAM TRIANGLE DISCUSSION (3D)



KUANTAN: Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan, Dato’ Sri Mariana Yahya menggambarkan aspek utama yang perlu diberikan perhatian dalam menangani masalah salahlaku dan perlakuan jenayah di kalangan kanak-kanak ataupun pesalah muda adalah pemulihan pesalah itu sendiri.

Peningkatan kes salahlaku dan perlakuan jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak sejak kebelakangan ini memberi ‘signal’ bahawa transformasi perlu dilakukan terhadap sistem keadilan jenayah sedia ada. Penghakiman bagi pesalah kanak-kanak ataupun orang muda perlu diberi nafas baru dengan diberikan tumpuan utama terhadap aspek pemulihan pesalah.

Perintah Khidmat Masyarakat merupakan satu bentuk hukuman  alternatif yang telah digunapakai oleh kebanyakan negara di seluruh dunia sejak tahun 1970an lagi.

Dato’ Sri Mariana Yahya berucap diperasmian Program Triangle Discussion (3D) di Kuantan.

Pengarah, Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat(PKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Haslin Hasan percaya melalui Program Triangle Discussion ini segala kemusykilan akan dapat dirungkai dan pelaksanaan program PKM akan lebih lancar.

Program ini sebagai salah satu usaha utuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu perundangan yang timbul secara lebih fokus dan seterusya memperkasakan perkhidmatan PKM.

Program disertai seramai 135 orang peserta daripada badan kehakiman, Timbalan Pendakwaraya, Jabatan Penjara Malaysia, PDRM, Jabatan Pendidikan serta Pegawai JKM Pahang.



        

0 comments:

share2