Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 30, 2018

‘KITA SEMUA KENA GAME'



Khairy Jamaluddin



Kini tinggal kurang daripada 30 hari lagi sebelum cukup tempoh yang diberikan bagi menilai janji Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto mereka.

Dalam tempoh tersebut juga sudah pasti banyak pihak terta­nya-tanya apakah status janji yang sebelum ini sering kali dilaungkan mereka.

Situasi bertambah pelik selepas Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri mengakui bahawa manifesto mereka bukanlah kitab suci yang harus dipatuhi.

Namun, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan nada menyindir mahu ‘memaafkan’ PH jika tidak dapat meme­nuhi janji-janji tersebut demi kepentingan rakyat.

“Laksanakan sahaja cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan kadar lebih rendah dan lupakan sahaja cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Kita maafkan mereka tidak mengapa.

“Lepas itu pula pinjaman Perbada­nan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dulu kata lain sekarang kata lain. Apabila dita­nya ‘menteri kasut hitam’, beliau kata masih dalam kajian. Me­ngapa waktu berjanji dahulu tidak kaji?

Jadi senang cerita kita semua kena game,” katanya ketika menyampaikan ceramah dalam kempen Barisan Nasional (BN) di sini, malam tadi.

Beliau menambah, dakwaan PH yang sering me­nyatakan kononnya pentadbiran BN selama 60 tahun penuh dengan kelemahan hanyalah alasan semata-mata.

“Jangan lupa da­lam tempoh 60 tahun, Dr. Mahathir turut berada dalam pentadbiran tersebut sebagai Perdana Menteri,” jelasnya.

Khairy meminta PH melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara dan bukannya berselindung di sebalik alasan 
ingin memperbetulkan kelemahan BN.

“Banyak orang kini mula meminta kerajaan berhenti mencari salah dan memberi tumpuan kepada kerja mereka,” katanya.


0 comments:

share2