Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 3, 2018

BANK DUNIA KATA HUTANG MALAYSIA TERKAWAL - INI REAKSI NETIZEN


Bank Dunia Kata Hutang Malaysia Terkawal – Ini Reaksi Netizen

BONGKAR… Bank Dunia menyifatkan hutang Malaysia masih terkawal dan tidak akan menjerumuskannya ke dalam krisis terutama dari segi tukaran asing kerana 97.7 peratus daripada hutang negara adalah di dalam ringgit.
Ketua Ekonomi Bank Dunia (Malaysia), Dr Richard Record, berkata Malaysia masih berisiko rendah meskipun berdepan dengan masalah jumlah hutang negara yang mencapai angka RM1 trilion.
“Jumlah itu (hutang), sebanyak 97.7 peratus adalah dalam denominasi ringgit. Ia wajar menyediakan risiko terhad kepada kerajaan daripada segi pendedahan kepada tukaran asing.
“Hampir 70 peratus daripada hutang berkenaan juga adalah hutang jangka sederhana dengan tempoh matang melepasi tiga tahun, sekali gus menyediakan risiko terhad daripada aspek terma pulang ganti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran laporan Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM): Menavigasi Perubahan ke-18, di ibu negara, hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Apa pula kata netizen tentang berita yang positif ini?


SPRM sila siasat bank dunia.., takut kene rasuah dengan najib dan umno..huhu
Sila saman bank dunia ni sebab buat kenyataan palsu… ini bole menjatuhkan maruah Malaysia…kita mesti fight ini kes…kalau menang duit tu boleh bayar hutang negara…
Penipuan apa berita ni?? Hari tu mase pru-14 PH kata malaysia ondaway bangkrup..kami pun takut la dengar macam tu dan terus undi PH, tetibe lepas menang, World Bank cakap hutang Malaysia terkawal ekonomi negara bagus pulak.. Takkan tun M sanggup tipu 36 juta rakyat malaysia??
Laaaa masih terkawal? Mohon teruskan 1 kenaikan gaji penjawat awam. Rakyat terbeban denan kenaikan harga barang, minyak yang tak pandai turun and etc.
Congratulations Najib Razak. Terbukti selama ini barisan PENIPU HAPRAK (PH) berjaya memfitnah DS dan kerajaan BN dahulu..
Buat penat je tengok Astro Awani yang cakap hutang dengan Jepun lagi baik.. last2 Bank Dunia cakap lagi bagus hutang dalam ringgit..
Drama politik kata Malaysia dah nk bankrup sampai kena buat tabung minta sedekah rakyat
Duit tabung harapan masih belum digunakan untuk bayar hutang, macam mana nak kurangkan hutang kerajaan..

Hari ini depan muka YB Azmin Ali, Bank Dunia secara terbuka beritahu bahawa hutang Malaysia adalah normal dan tidak akan terjerumus dengan krisis.

Teringat kata-kata Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng
“Kita perlukan kedudukan kewangan yang stabil untuk melaksanakan janji dan kita pasti akan melaksanakannya. Saya harap anda akan berikan kita masa,”
Jadi siapakah tipu siapa sekarang?


0 comments:

share2