Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 6, 2018

TULAR KISAH ZETI SENDIRI TAHU NAJIB DAPAT DANA SAUDI




RPK: Zeti Jadi Gabenor BNM Simpan Rahsia Skandal Tun M?



BONGKAR… Awal tahun 2016, Mynewshub ada dedah kisah Istana Arab Saudi mengesahkan dana sebanyak AS$681 juta pernah dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia sebenarnya dilaporkan stesen penyiaran antarabangsa, British Broadcasting Corporation (BBC) yang merujuk sumbangan peribadi itu turut diberikan kepada ramai pemimpin Muslim di pelbagai negara Islam sejak sekian lama.

Isu tersebut turut disahkan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya setelah menilai segala laporan siasatan pihak berkuasa dan berpuas hati dengan hasilnya.

Proses siasatan itu dilakukan sendiri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran tohmahan jahat pihak pembangkang (kini kerajaan Pakatan Harapan – PH) konon Najib ada dana rahsia sebanyak RM2.6 bilion.

Mereka fitnah wang itu hasil penyelewengan daripada syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dijadikan modal oleh PH untuk ‘guling’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ironi, jika betul duit tersebut bukan daripada kerabat diraja Arab Saudi, tidak mungkin Malaysia menjadi negara pertama dilawati Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada tahun lalu yang tentunya murka nama baginda dieksploitasi!

Lucunya, tiada seorang pun pemimpin PH berani tampil bertanya terus Raja Arab Saudi itu ketika baginda singgah di negara ini tetapi mereka bertindak biadab menjadikan imej pemimpin tersebut sebagai bahan momokan politik.





Begitulah hebat PH putar belit isu itu bagi hasut rakyat benci BN hingga mampu menang PRU dan masih lagi tetap ‘main’ isu 1MDB dikaitkan dengan Najib untuk alih fokus rakyat terhadap kegagalan manifesto 10 janji 100 hari!

Bagaimanapun semalam tular menerusi media sosial tempatan pendedahan laman blog politik tempatan, The Third Force yang bongkar kisah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz turut terlibat sama.

Pendedahan itu turut menarik minat Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam yang persoal pembabitan secara langsung Zeti dalam menasihatkan Najib untuk menyimpan dana itu ke dalam akaun tertentu.

“Berdasarkan maklumat dicatit dalam ‘kertas siasatan terhadap Najib Razak’ yang disiarkan melalui blog The Third Force, Zeti pada waktu itu ada terlibat semasa urusan transaksi bawa masuk wang derma dari Arab Saudi dilakukan.

“Menurut kertas siasatan itu, Zeti diberitahu Najib tentang gift berbentuk derma yang bakal diterimanya daripada Putera Arab Saudi. Bukti dipaparkan jelas menunjukkan Zeti-lah mencadangkan wang dimasukkan ke akaun Najib.

“Berdasarkan perkembangan ini, sudah tentu Zeti selaku Gabenor BNM pada ketika itu tahu identiti penderma,” kata Lokman sambil membangkitkan tiga persoalan apakah agenda sebenar tokoh perbankan tersebut selama ini.




Walhal Zeti seharusnya menjelaskan bahawa transaksi itu tidak boleh disabitkan sebagai kes money laundering atau penggubahan wang haram kerana bekas perdana menteri tersebut mengikuti prosedur sah kemasukan wang asing.

“Kenapa tidak buat kenyataan kepada SPRM berkaitan identiti penderma? Kenapa tidak bantu SPRM dapat rekod transaksi dari Ambak? Kenapa hanya diam diri, seolah-olah tidak tahu menahu perihal perkara itu?” soal Lokman.

Justeru ujar beliau, kini menjadi tanggungjawab Zeti pula menjawab soalan itu memandangkan bukti disiarkan The Third Force tular menerusi media sosial, sekali gus bongkar cerita sebenar yang cuba disorokkan oleh kerajaan PH.

Jika dakwaan laman blog itu sahih, maka jelaslah rakyat Malaysia amat malang kerana berjaya memilih kerajaan baharu akibat diperbodohkan dengan hasutan berita palsu disebarluaskan pihak terbabit.


0 comments:

share2