Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 11, 2018

PROJEK KERETA NASIONAL BAHARU LANGKAH REGRESIF






Kuala Lumpur – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjalankan satu lagi projek kereta nasional sebagai langkah terkebelakang.

Ini kerana, menurut Khairy, projek berkenaan bakal menelan belanja besar kepada kerajaan selain ia tidak mesra alam.

“Tatkala projek pengangkutan awam seperti MRT3 dibatalkan, pengumuman projek kereta nasional yang baru adalah satu langkah regresif dan terkebelakang.

“Bukan sahaja projek kereta nasional ini tidak mesra alam dari segi pelepasan karbon dioksida, tetapi juga bakal menelan belanja yang besar kepada kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan projek pengangkutan awam,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Pada sidang media di Nikkei, Jepun hari ini Dr Mahathir menegaskan beliau berhasrat untuk menjalankan projek kereta nasional baru selepas hampir separuh kepentingan Proton dijual kepada China.

Sebanyak 49.8 peratus saham Proton dijual kepada peneraju baru Geely tahun lalu ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

DRB-Hicom yang menjadi milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih memiliki 50.1 peratus saham dalam Proton.


0 comments:

share2