Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 8, 2018

PERTAHANKAN RAJA MELAYU, PMB ADAKAN PERHIMPUNAN






BAGI menyatakan sokongan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja-Raja Melayu, satu perhimpunan besar-besaran bakal diadakan pada Jumaat ini pada jam 2 petang di Anjung Masjid Negara Kuala Lumpur, berhadapan pusat Islam.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam berkata, perhimpunan tersebut diadakan ekoran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkeras mahu perlantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara diterima.

Menurut Lokman, Tun Mahathir cuba membangkitkan satu fenomena supaya rakyat Malaysia lantang menentang institusi Raja Raja Melayu.

“Saya nampak ini satu usaha oleh Mahathir untuk mengajak rakyat untuk memerangi Yang Di-Pertuan Agong dan institusi diraja.

“Akibat daripada perbuatan manusia durjana termasuklah Mahathir menyebabkan telah ramai orang muda dan orang bukan Islam telah mengeluarkan ayat yang cukup biadap ke atas Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu,” jelasnya dalam laman sosial Telegram miliknya.

Tambahnya lagi, beliau tidak akan berdiam diri terhadap suara-suara sumbang ini yang cuba memperkotak-katikkan institusi raja.

“Kita akan buat satu perhimpunan besar-besaran. Kita akan jemput semua sekali badan badan NGO dan rakyat Malaysia yang masih sayangkan institusi beraja di negara ini.

“Kita tidak boleh diamkan diri dan biarkan raja-raja kita dipijak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” ujarnya.

Beliau turut menyeru orang ramai sama-sama hadir ke perhimpunan tersebut tanda taat setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Mana-mana NGO atau pihak yang ingin bekerjasama dan menyertai perhimpunan tersebut boleh menghubungi talian 0123320000.


0 comments:

share2