Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 9, 2018

PENJAWAT AWAM PAHANG TERIMA BONUS AIDILFITRI






Seramai 7,324 penjawat awam Gred 41 ke bawah di negeri ini menerima 'duit raya' berjumlah RM450 daripada kerajaan negeri sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian khas yang melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan kira-kira RM3.2 juta itu akan dibayar pada 12 Jun ini.

“Semoga dengan bantuan khas ini dapat membantu semua penjawat awam membuat persiapan sempena sambutan hari raya tidak lama lagi,” katanya.


0 comments:

share2