Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 25, 2018

MOHD SHAHAR TEKAD SOKONG PERJUANGAN UMNO





Meskipun tidak menang bertanding dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO, Mohd Shahar Abdullah bertekad untuk terus memberikan komitmen terhadap perjuangan parti tersebut.

Shahar yang merupakan salah seorang calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kerana dipilih oleh perwakilan untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO baharu.

Katanya, beliau menghormati keputusan tersebut dan menerima secara baik serta rasa bertanggungjawab dalam perjuangan UMNO.

“Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada saf kepemimpinan baharu demi kelangsungan parti keramat UMNO yang kita cintai ini.

“Tanggungjawab serta amanah telah diberikan kepada kita sama ada mewakili parti ataupun rakyat perlu diteruskan dan diperjuangkan,” katanya menerusi lamanFacebook miliknya.





Jelas Shahar, beliau akan meneruskan agenda mendekati anak muda dengan penuh kepatuhan dan semangat yang tinggi bagi memastikan suara golongan berkenaan dalam parti itu terus memberikan impak kepada kepimpinan UMNO.

“Agenda anak muda pasti akan saya teruskan dengan penuh kepatuhan dan semangat yang tinggi bagi memastikan suara golongan ini dalam parti terus menerus memberikan impak kepada kepimpinan UMNO.

“Roh perjuangan UMNO wajib dihidupkan dan disegarkan kembali bagi meniupkan semangat yang baharu dalam kita menjadi wakil yang berwibawa kepada ahli dan rakyat Malaysia amnya,” ujarnya lagi.

Shahar juga betekad mahu meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat sebagai perjuangan UMNO untuk rakyat.


0 comments:

share2