Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 1, 2018

LAGI DUA EXCO PAHANG DITAMBAH



Lagi dua Exco Pahang ditambah



Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan kepada kerajaan negeri bagi pelantikan dua lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Baginda berkata, keputusan pelantikan itu berdasarkan nasihat Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Acara mengangkat sumpah jawatan akan diadakan dalam masa terdekat,” kata baginda ketika ditemui selepas merasmikan Masjid Kampung Batu Papan dan mengurniakan sumbangan kepada golongan memerlukan bantuan di sini, semalam.

Sebelum ini, Wan Rosdy mengumumkan portfolio lapan Exco yang mengangkat sumpah di hadapan Tengku Abdullah pada 15 Mei lepas.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri memohon perkenan Tengku Abdullah untuk melantik dua Exco lagi memandangkan Perlembagaan negeri membenarkan 10 Exco dilantik.


0 comments:

share2