Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 26, 2018

[ROMPIN] TENGKU ABDULLAH: JAGALAH KEBAJIKAN RAKYAT



Tengku Abdullah: Jagalah kebajikan Rakyat



Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kebajikan rakyat diberi keutamaan oleh kerajaan yang baharu.

Baginda bertitah, antara kebajikan rakyat yang perlu dititikberatkan kerajaan adalah aspek perumahan yang penting terutama bagi mereka yang baru memulakan kehidupan.

“Perlu juga diperhalusi masalah air dan elektrik di seluruh pelusuk ini, saya mementingkan hal-hal seperti itu kerana ia membabitkan kebajikan dunia untuk rakyat,” titahnya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Kampung Leban Chondong di sini, semalam.

Tengku Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan 120 penduduk kurang berkemampuan dan kanak-kanak pada majlis itu.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail.

Di samping itu, Tengku Abdullah turut meminta rakyat mensyukuri nikmat yang membolehkan mereka menjalankan ibadat puasa dan mengimarahkan bulan suci itu.

“Kita harus bersyukur kerana hidup dalam keadaan harmoni, kalau kita dapat rasai kesengsaraan mereka yang tinggal di Timur Tengah seperti Palestin dan Syria dalam menghadapi Ramadan.

“Kita harus mensyukuri segala nikmat Allah,” titahnya.


0 comments:

share2