Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 26, 2018

[KUANTAN] PEMBALAKAN BUKAN PUNCA KOLAM TADAHAN AIR TERCEMAR - JABATAN PERHUTANAN PAHANG



Image result for sungai lembing



Jabatan Perhutanan Pahang hari ini menolak dakwaan aktiviti pembalakan sebagai punca pencemaran kolam tadahan air di Bukit Segantang di Sungai Lembing di sini. 

Pengarahnya, Dato' Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, aktiviti pembalakan masih belum dilakukan di kawasan berhampiran kolam tadahan air itu yang didakwa menjadi sumber bekalan air kepada kira-kira 100 penduduk di Kampung Kuala Kenau, di sini. 

Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan itu yang merupakan tanah kerajaan dan berstatus bukan hutan dara melibatkan kawasan seluas 25 hektar yang dibahagikan kepada dua blok. 

"Peratus status kerja semasa ialah 15 peratus dan melibatkan blok A sahaja. Kawasan tadahan air yang dimaksudkan berada di blok B dan setakat ini masih belum diusahakan. 

"Pihak kami juga telah menjalankan pemeriksaan di lapangan pada 5 petang semalam dan mendapati kolam tadahan tersebut masih jernih, tidak langsung keruh dan masih digunakan sebahagian penduduk kampung," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.


0 comments:

share2