Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 24, 2018

[CAMERON HIGHLANDS] MASJID AL-HUDA DIRASMIKAN






Pemangku Raja Pahang berkenan merasmikan masjid Al-Huda di Kampong Raja di sini.

Masjid yang menelan belanja lebih RM1 juta itu adalah dari peruntukan kerajaan pusat dan mampu memuatkan lebih 200 orang jemaah,

Dalam titahnya baginda menyeru agar masjid dijadikan sebagai tempat menyatupadukan ummah, mengeratkan siratulrahim disamping meningkatkan ibadah dan ibadah supaya dapat mendekatkan jiwa dengan Allah SWT.

Hadir sama dalam majlis berkenaan YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang baharu yang bermesyuarat buat pertama kalinya di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pagi semalam serta kerabat-kerabat diraja.

Baginda juga menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada 100 orang yang memerlukan yang kebanyakkannya terdiri dari orang asli yang beragama Islam.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan Al-Quraan itu diakhiri dengan jamuan berbuka puasa.


0 comments:

share2