Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 22, 2018

[BERA] STOR MASJID JAME' TERBAKAR



Stor Masjid Jame' Triang terbakar



Stor Masjid Jame' Triang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, mereka menerima panggilan jam 6.05 pagi, dan seramai lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh kurang 10 minit, namun kesemua peralatan dan barangan di dalam stor tidak dapat diselamatkan.

"Kebakaran dapat dikawal, sekali gus menghalang rebakan di bahagian dapur kerana struktur bangunan berasingan tetapi bersebelahan," katanya.

Sementara itu, Imam 1 masjib berkenaan, Hafizal Yahya berkata, kejadian itu berlaku semasa jemaah sedang menunaikan solat Subuh.

Katanya, ada jemaah yang terdengar bunyi letupan kecil beberapa kali, tetapi tidak menyangka stor sedang terbakar.

"Stor itu juga diberikan kebenaran kepada seorang pekerja ladang (warga Indonesia) untuk dijadikan tenpat tinggal, sekali gus menyebabkan semua barangannya hangus.

"Saya tidak pasti jumlah kerugian, namun saya bersama Jawatankuasa Masjid akan semak dan menilai semula," katanya.


0 comments:

share2