Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 29, 2018

[BERA] NGO KONGSI REZEKI BERSAMA PETUGAS KESELAMATAN



Kongsi rezeki



Lebih 15 lokasi menjadi pilihan Program Singgah Sahur anjuran bersama VN37 Pejabat Khidmat Rakyat Dun Guai Ramadan tahun ini.

Program memasuki tahun ke lapan itu menjelajah di beberapa lokasi dari Triang ke Tanjong Belengu bagi mengimarahkan waktu bersahur.

Adun Guai, Dato' Sri Norol Azali Sulaiman berkata, melalui program ini, VN37 mengumpulkan anak-anak muda bagi memeriahkan suasana bersahur.

“Mereka mengorbankan tenaga, masa dan sedikit dana untuk memberikan makanan kepada individu yang bertugas (di daerah ini) sebagai tanda penghargaan.

“Ada antara mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, atau pekerja yang perlu ‘stand by’ pada waktu malam. Mereka mungkin bersahur seadanya, tetapi sekurang-urangnya kehadiran VN37 memeriahkan mood mereka,” katanya.

Antara anggota APM yang bertugas menerima juadah bersahur yang disampaikan Norol Azali dan VN37.


Antara lokasi Singgah Sahur ialah di Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera dan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Norol Azali berkata, sepanjang Ramadan ini, seharusnya dipenuhi dengan ibadah dan aktiviti menghidupkan bulan mulia.

Katanya program ini dilihat memberi impak positif terutamanya dalam kalangan orang muda.

Katanya, program ini akan diteruskan pada masa akan datang supaya masing-masing dapat mengingati dan memahami kepayahan pekerja atau petugas yang perlu berjaga pada waktu orang lain sedang tidur.

“Sumbangan makanan tidak mewah tetapi pemberian itu sebagai tanda ingatan yang akan memberikan kenangan dalam setiap orang.

“Saya harap, usaha ini bukan sahaja diteruskan oleh VN37 (sukarelawan) tetapi juga pertubuhan NGO lain supaya pada setiap bulan Ramadan, mereka dapat terus bersedekah kepada sesiapa sahaja,” kata beliau.


0 comments:

share2