Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 4, 2018

[TEMERLOH] SOKONG BN TERUSKAN ECRL



Mohd Sharkar Shamsudin




BN perlu menjadi pilihan pengundi di Pantai Timur pada PRU14 jika mahu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, projek bernilai RM55 bilion penting memacu kemajuan di Pantai Timur.

Menurutnya, pelaksanaannya teliti kerana turut membabitkan penyediaan keretapi kargo yang membolehkan barangan dibawa dari Pantai Barat ke Pantai Timur sekali gus menjadikan Pelabuhan Kuantan yang sedang dibesarkan sebagai pelabuhan utama.

“Kita terkejut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan pembangkang akan menghentikan ECRL sekiranya menang PRU14, projek itu sebenarnya sudah lama dirancang namun dilaksanakan apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

“Ia satu rahmat buat warga Pantai Timur kerana perjalanan dapat dipendekkan contohnya dari Tumpat, Kelantan ke Kuala Lumpur hanya dalam tempoh empat jam sahaja bukan 14 jam seperti didakwa,” katanya ditemui selepas pelancaran Jentera BN Parlimen Temerloh PRU14, semalam.

“Kalau pembangkang menang maka Pantai Timur terus mundur dan kalau hendak maju beri sokongan kepada BN supaya dapat diteruskan projek ECRL sekali gus memajukan negeri di Pantai Timur.

“Di negara maju kebanyakannya ada sistem kereta api laju bagi meningkatkan perhubungan dan pada masa sama memajukan ekonomi lokasi berhampiran.

Sharkar yang juga Pengerusi BN Temerloh berkata, kemudahan itu bukan kereta api biasa tetapi berkelajuan 200 km/j yang membolehkan penduduk Temerloh bekerja di Kuala Lumpur kerana perjalanan mengambil masa pendek berbanding kini.


0 comments:

share2