Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 30, 2018

[MARAN] GERAN 2 YEP UNTUK PENERIMA BANTUAN JKM



Geran 2 YEP untuk penerima bantuan JKM



Sejumlah 150 klien bakal dikeluarkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi program Geran Two Year Exit Programme (2 YEP) menjelang 2020.

Pengarah JKM Negeri Pahang, Zulkhairi Zainul Abidin berkata, setiap klien yang mempunyai inisiatif untuk berniaga akan diberikan geran bernilai RM2,700.

Menurutnya, mereka adalah penerima skim bantuan bulanan JKM diberikan latihan serta kursus dalam perniagaan dan seterusnya dipantau selama dua tahun sehingga berjaya di bidang masing-masing.

"Geran ini juga diberikan kepada klien yang telah menjalankan perniagaan.

"Objektif 2 YEP adalah untuk memberi pendedahan langsung kepada klien peluang berniaga di samping untuk menggalakkan klien terus meningkatkan ekonomi keluarga," katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM Maran, Rosnani Sulaiman berkata, tahun ini sebanyak 17 kuota dibuka bagi Daerah Maran.

Menurutnya, bantuan ini akan dijalankan setiap tahun terhadap penerima bantuan JKM Maran.

"Klien-klien telah pun menerima geran tersebut yang disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena Pesta Chenor.

"Pegawai JKM akan kenalpasti klien mereka yang berpotensi untuk dibantu bagi memperoleh geran ini.

"Di Pesta Chenor baru-baru ini, JKM juga membawa pelatih khidmat masyarakat atau pesalah muda untuk menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan bagi melengkapkan perintah yang dikenakan," katanya.


0 comments:

share2