Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 15, 2018

MANTAN PESURUHJAYA PAS PAHANG LARI LINTANG PUKANG KE KUBANG KERIAN




Siapa tidak kenal bekas Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas pensyarah UiTM Jengka yang meletakkan terjun ke dunia politik bersama PAS. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang dari 2004 hingga 2015 dan kini adalah orang nombor dua dalam parti PAS sebagai Timbalan Presiden PAS. Desas desus kedengaran beliau mencari kawasan selamat untuk terus berada di persada politik tanahair.

Nampaknya beliau tidak ada semangat Tok Gajah atau kepahlawanan Mat Kilau dengan memilih Kubang Kerian atau dahulunya dikenali sebagai Nilam Puri sebagai kawasan selamat . Tempat dimana Kerusi itu pernah diwakili bekas pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub yang semuanya bersama parti serpihan, Amanah ketika ini. Beliau yang tewas pada PRU ke 13 ditangan calon Barisan Nasional Wan Salman Wan Ismail pada 2013 dengan majoriti 1,303. Ianya kekalahan kedua berturut turut selepas kalah kepada calon Barisan Nasional yang sama  dengan majoriti 596. Bagi mengelakkan kekalahan hatrik nampaknya Tuan Ibrahim Tuan Man mengikut jejak Nasruddin Tantawi yang lari ke kawasan selamat.





Jika nama besar seperti Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa bantuan pernafasan, apakah nasib mereka yang baru belajar silat pulut politik seperti Shahril Azman Abdul Halim  yang juga YDP PAS Kuala Krau yang dikhabarkan akan bertanding di Jengka. Begitu juga Fadzil Amri nama baru yang diketengahkan PAS untuk  berhadapan dengan calon BN yang menang dengan  memperolehi majoriti besar melalui calon BN Shahaniza Shamsuddin sebanyak 3,293 pada PRU ke 13. Pertandingan 3 penjuru juga dijangka akan berlaku apabila PKR turut berminat untuk bertanding di DUN Kuala Sentul pada PRU ke 14 ini.

Persoalan yang timbul ialah PAS Pahang kini semakin kelam kabut, apabila nama nama besar  pemimpin PAS  lebih berminat bertanding di Kelantan berbanding Pahang. Tinggallah mereka yang baru setahun jagung berjuang bersendirian apatah lagi sejak memilih keluar dari Pakatan Harapan. kali ini PAS akan melalui jalan sukar tanpa sokongan masyarakat cina dan India yang lebih cenderung memilih Pakatan Harapan. Bagi kawasan majoriti Melayu 50 % ke 60 % yang mana undi kaum cina dan India menjadi penentu , PAS pasti akan menggigit jari .  

0 comments:

share2