Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 29, 2018

JANJI BN KEPADA ORANG KUANTAN


Janji BN kepada orang Kuantan



Warga Kuantan perlu memberi peluang kepada BN untuk menang di kerusi Parlimen Kuantan bagi membolehkan daerah ini terus berkembang pesat.

Calon BN Parlimen Kuantan, Dato' Andrew Wong Kean berkata, sudah 10 tahun daerah ini tidak dibangunkan disebabkan berada di bawah penguasaan pembangkang, justeru rakyat perlu bangkit untuk berubah.

Menurutnya, sekiranya BN berjaya memenangi kerusi ini, sudah pasti banyak pembangunan akan dilakukan bagi rakyat di negeri ini.

“Pembangunan tetap dilaksanakan kerajaan Pusat dan BN, namun apa yang sedikit terasa adalah agak perlahan memandangkan kita tiada wakil di Dewan Negara.

Saya berjanji sekiranya rakyat Kuantan memberi mandat kepada BN kali ini. Seharusnya pembangunan akan lebih rancak termasuk ekonomi bergerak lebih pantas. Kami akan berusaha meningkatkan kemudahan asas dan meningkatkan aktiviti ekonomi di daerah ini.

“Jadi, sokongan padu dari semua rakan komponen parti. Kami yakin boleh merampas kembali kerusi ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya selepas proses penamaan calon di perkarangan Majlis Perbandaran Kuantan di Jalan Kemunting di sini, semalam.

Andrew, 57, berdepan penyandang kerusi Kuantan, Fuziah Salleh (PKR) dan Sulaiman Mat Darus (Pas) dalam pertembungan tiga penjuru di Parlimen P083 itu.

Sementara itu, bagi Dun Teruntum, calon BN, Tee Choon Ser bakal berdepan calon dari PKR, Sim Chon Siang dan Azizah Mohd. Ali (Pas).

Dun Tanjung Lumpur juga menyaksikan calon BN, Dato' Sri Tengku Zulkifly Tengku Ahmad berdepan calon PKR - Amanah, Sabrina Md. Yusuff dan Rosli Abdul Jabar (Pas).

Manakala Dun Inderapura pula, penyandangnya dari BN, Dato' Sri Shafik Fauzan Shariff bakal berdepan Profesor Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd (Pas) dan Fakhrul Anuar Zulkawi (PKR).


0 comments:

share2