Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 16, 2018

[TEMERLOH] PENJINAK ULAR MENINGGAL DUNIA



Abu Zarin Hussin



Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Abu Zarin Hussin, 32, yang dikenali dengan kemahirannya dalam menangkap dan menjinakkan ular berbisa meninggal dunia tengah malam tadi selepas kiritikal akibat dipatuk reptilia itu, 12 Mac lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.54 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh selepas hampir lima hari bertarung nyawa ekoran dipatuk ular jenis tedung selar ketika mengendalikan haiwan itu di Bentong.

Allahyarham yang difahamkan menyertai pasukan bomba sejak 10 tahun lalu dikenali dengan kemahirannya menangkap dan menjinakkan ular berbisa sehingga mendapat gelaran Wira Penyelamat.

Malah nama Wira Penyelamat itu turut digunakan pada laman Facebooknya yang banyak berkongsi pengalaman dalam mengendalikan haiwan berbisa itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jawatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan jenazah Allahyarham yang berasal dari Kampung Permatang Pasir, Pasir Puteh, Kelantan di bawa pulang ke kampung halamannya itu awal pagi tadi untuk dikebumikan.

Rakan-rakan dan kenalan allhyarham terkejut dengan kehilangan itu dan masing-masing menyatakan perasaan sedih mereka melalui Facebook ‘Wira Penyelamat’ malah kematian penjinak ular ini juga turut tular di media sosial.


0 comments:

share2