Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 20, 2018

[RAUB] MASYARAKAT PERLU PELAJARI ILMU MENYELAMAT



Masyarakat perlu pelajari ilmu menyelamat



Kerajaan negeri mencadangkan setiap mukim di daerah ini dapat diwujudkan unit bomba komuniti bagi membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda ketika kebakaran.

Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin berkata, unit bomba komuniti itu berperanan sebagai pasukan pertama bertindak mengawal kebakaran.

“Komuniti Bomba juga perlu ada perhubungan erat dengan pihak bomba supaya dapat memantapkan lagi pengetahuan bagi menghadapi suasana panik ketika berlaku kecemasan di kawasan mereka,” katanya ketika ditemui di Karnival Bomba Peringkat Daerah Raub dan Pelancaran Komuniti Bomba Sungai Pasu di Kampung Sungai Pasu, semalam.

Dalam pada itu, Shahiruddin yang juga Adun Dong berkata, penubuhan pasukan itu bermanfaat kerana ahlinya dapat berkongsi kefahaman dan kesedaran tentang pencegahan kebakaran, sekali gus mempelajari cara memberikan bantuan pada peringkat awal.

Beliau berkata, pencegahan kebakaran dan menyelamat tidak seharusnya diserahkan kepada pihak bomba semata-mata, namun masyarakat juga perlu bersama bertanggungjawab menanganinya.

“Bila ada ilmu kebombaan ini masyarakat akan dapat memahami cara menyelamatkan diri. Jadi, kepada penduduk inilah satu program yang baik dan bermanfaat,” katanya.

Tambahnya, kerajaan turut berharap supaya masyarakat menjadi mata dan telinga kepada anggota bomba dan pantas menyampaikan segala maklumat jika berlaku kebakaran.


0 comments:

share2