Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 2, 2018

PAHANG KE ARAH BEBAS RASUAH



Pahang ke arah bebas rasuah



Organisasi dan wakil industri disaran merebut peluang melaksanakan pensijilan SIRIM QAS Internasional ke arah Pahang bebas rasuah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail berkata, setakat ini hanya, Yayasan Pahang yang memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Bribery.

Justeru, katanya kerajaan negeri menggalakkan agensi atau industri melaksanakan skim persijilan itu dalam organisasi mereka.

“Saya yakin pelaksanaan skim ini dapat membantu organisasi terlibat untuk mempraktikan sistem pengurusan bebas rasuah,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Toantowee Mohd Latfie ketika Seminar Skim Pensijilan ISO, Sistem Pengurusan Anti Bribery di Yayasan Pahang di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Kanan Khidmat Pengurusan Yayasan Pahang, Datin Nor Aza Abdul Aziz.

Pensijilan yang diterima awal November tahun lalu merupakan batu loncatan kepada Yayasan Pahang dalam mencapai visinya iaitu menjadikan Yayasan Negeri yang terunggul demi memartabatkan masyarakat yang berilmu pengetahuan bertaraf dunia.

Menurutnya, Skim Penjisilan Sistem Anti Bribery juga merupakan badan pensijilan terunggul di Malaysia dengan kepakaran dan pengalaman pengeluaran pensijilan kepada syarikat yang beroperasi di dalam dan di luar negara.

“Sistem ini meliputi garis panduan dalam mengesan, mencegah dan bertindak balas terhadap aktiviti penyogokan atau rasuah di dalam sesebuah organisasi.

“Perlaksanaan sistem ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, mengukuhkan prestasi kewangan, membudayakan integriti dan meningkatkan moral pekerja, seterusnya menyumbang kepada peningkatan skor indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara,”katanya.


0 comments:

share2