Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 1, 2018

ROSAKKAN UNDI SIKAP TIDAK PROFESIONAL


Rosakkan undi sikap tidak profesional



Bachok - Desakan untuk merosakkan undi dalam PRU akan datang adalah sikap tidak profesional dalam demokrasi sekaligus menidakkan hak dan suara rakyat.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata,dalam sebuah sistem demokrasi suara rakyat adalah perkara utama yang perlu diambil kira.

Beliau berkata, perbuatan merosakkan undi yang disarankan pihak tertentu membayangkan mereka takut kepada bayang-bayang sendiri dan hilang fokus.

"Bila mereka takut pada bayang-bayang sendiri inilah yang terjadinya gesaan agar rakyat tidak menyokong BN atau merosakkan undi.

"Mana mungkin orang sebegitu diberikan kepercayaan untuk memerintah kerana ia menidakkan sistem demokrasi," katanya ketika mengulas mengenai saranan merosakkan undi oleh pihak tertentu dalam PRU akan datang.

Beliau berkata demikian selepas majlis bersama mahasiswa dalam Kursus Kepimpinan dan Pemukiman Khas anjuran Himpunan Mahasiswa Anak Kelantan (Himsak) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok semalam.

Hadir sama pada majlis itu Presiden Himsak, Datuk Mohd Faizal Daud dan Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Ahmad Jazlan percaya kempen sedemikian juga tidak akan berjaya di negeri ini kerana BN mempunyai kepimpinan yang baik seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang akan membawa perubahan dan manfaat kepada generasi akan datang.


0 comments:

share2