Seramai 418 mangsa banjir masih berada di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berbanding 451 orang di 11 buah PPS petang semalam.
Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa di enam PPS di Pekan bertambah kepada 301 orang berbanding 290 petang semalam.
Enam PPS yang masih beroperasi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai (124), Balai Raya Kampung Menchupu (65), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (48), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (34), SK Acheh (28) dan dua orang di Balai Raya Kampung Tebat," menurut portal itu.
Di Maran, terdapat 74 mangsa masih ditempatkan di dua PPS iaitu Balai Raya Kampung Baru Pertanian (41) dan SK Pesagi (33).
Di Bera, 43 mangsa ditempatkan di dua PPS iaitu di SK Charuk Puting (24) dan Masjid Kampung Mengkarak (19).
0 comments:
Post a Comment