Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 13, 2017

PRU-14 HANYA PERTEMBUNGAN DAP LAWAN BN


PRU-14 hanya pertembungan DAP lawan BN


Pasir Mas - Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) boleh disifatkan sebagai perjuangan DAP menentang Barisan Nasional (BN) memandang parti cauvinis Cina itu menguasai Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Fathul Bari Mat Jahya berkata, situasi tersebut jelas apabila DAP dilihat dominan dalam gabungan itu selain berperanan menentukan hala tuju pakatan pembangkang.

“Saya juga melihat DAP tidak akan memberikan laluan mudah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed untuk menjadi Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku di Perak sebelum ini telah membuktikan bahawa DAP telah mengawal pentadbiran walaupun Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada pelajar dari kawasan Parlimen Pasir Mas di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hamid 2 di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat.

Tambah Fathul Bari, rakyat perlu terus memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara pada masa hadapan.

Katanya, keupayaan Najib memimpin negara telah terbukti berkesan menerusi pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang akan memacu rakyat ke arah lebih maju dan berdaya saing.


0 comments:

share2