Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 10, 2017

[TRIANG] SEMPAT MESEJ IBU MOHON MAAF SEBELUM DITEMUI MATI


Sempat mesej ibu mohon maaf sebelum ditemui mati


Seorang lelaki berusia 21 tahun yang ditemui mati di sebuah rumah di sini, kelmarin sempat menghantar pesanan mesej kepada ibunya untuk memohon maaf di atas segala kesalahannya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsuddin berkata, mangsa dijumpai oleh ibunya dalam keadaan tergantung dengan tali nilon di pintu bilik air itu berdekatan dapur.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa tinggal berseorangan di rumah tersebut.

“Mangsa menghantar mesej pesanan ringkas kepada ibunya, memohon maaf kalau ada buat salah. Dan, ibunya membalas mesej tersebut tapi tiada respons selepas itu.

“Kira-kira 30 minit selepas itu, ibu mangsa tak sedap hati terus balik ke rumah, dan mendapati anaknya (mangsa) dalam keadaan tergantung,” katanya.

Mansor berkata, mangsa baru tiga hari berada di sini untuk berjumpa dengan ibu dan ayah tirinya yang sudah dua bulan tinggal di rumah adik angkat mereka, di sini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, dipercayai mangsa menghadapi tekanan perasaan berikutan hubungan cinta yang terhalang oleh kedua-dua belah keluarga.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk bedah siasat. Difahamkan, jenazah dibawa ke Segamat, Johor untuk dikebumikan di sana,” katanya.


0 comments:

share2