Kerjasama Pejabat Pendidikan Maran (PPD) bersama Suruhajaya Pencegahan Rasuan Malaysia (PDRM) dalam membanteras rasuah melalui sistem pendidikan awal di sekolah semenjak wajar dipuji kerana bertepatan pepatah melentur buluh, biar dari rebungnya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri ismail Abdul Muttalib berkata, ini menunjukkan kesungguhan instituri itu dalam memerangi rasuah semenjak di peringkat sekolah.
Menurutnya, jalina kerjasama SPRM menerusi pejabat pendidikan dan warga pendidik bukan sahaja dapat melahirkan mpdal insan yang berilmu tetapi juga berintegriti tanpa mudah disogok kerana persediaan jati diri itu telah diperkukuhkan dari awal.
"Guru adalah penyumbang kepada ke arah penghasilan generasi yang berkualiti dan bermutu. Melalui pembelajaran di sekolah, para guru boleh menyeru dan mendidik para pelajar agar memahami keburukan gejala ini sekali gus mendedahkan bahawa rasuah meski pun dengan nilai rendah tetap merosakkan agama, bangsa dan negara.
"Usaha SPRM menjalinkan kerjasama sebegini amat dipuji malah disarankan di dalam semua organisasi, majikan dan bidang pekerjaan supaya jenayah rasuah dapat dibanteras secara total," katanya ketika merasmikan program Peranan Guru Muda 1Malaysia, Memperkasa Transformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya, di sini, semalam.
Program.yang dianjurkan PPD Daerah Maran serta kerjasama Guru Muda 1Malaysia dan.Yayasan Guru Malaysia berhad itu dihadiri 550 peserta kalangan pendidik dan juga SPRM.
Hadir sama, Pengarah SPRM Negeri Pahang, Datuk Alias Salim; Ketua Pegawai PPD Maran, Ahmad Nahran Ishak; Yang DiPertua Majlis Pengetua Daerah Maran, Mohamad Basri Idrus; Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Maran, Ibrahim Mat Rodzi; pegawai-pegawai pendidikan, pengetua dan guru besar-guru besar serta Yang Dipertua PIBG-PIBG Daerah Maran.
Turut diadakan adalah acara bacaan Ikrar Integriti di mana keseluruhan warga pendidik menandatangani sijil ikrar mereka untuk menjaga intergriti mereka serta menentang jenayah rasuah.
Sementara itu, Adun Jengka, Dato' Wan Salman Wan Ismail berkata, di samping jalinan silaturrahim yang diieratkan di antara dua institusi berbeza, program ini juga menjadi satu nilai tambah di dalam pendidikan negara.
"Walaupun warga pendidik bukan menjadi fokus utama dalam rasuah tetapi ia tidak dinafikan wujud jika tidak dibanteras.
"Kerjasama antara dua institusi ini juga perlu dan dipuji kerana dari segi pendidikan guru-guru boleh menbantu mendidik anak bangsa agar mempertahankan intergriti mereka serta jauh dari rasuah," katanya.
0 comments:
Post a Comment