Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 24, 2017

KILANG HARAM: DAP AMAL GENGSTERISME POLITIK




Kuala Lumpur – Setiap kali parti rasis DAP didapati melakukan kesalahan atau terdapat sesetengah individu yang didapati mengkritik parti berkenaan, pelbagai ancaman termasuk panggilan berbentuk ugutan serta surat ancaman dari penyokong tegar parti tersebut menanti si pelaku atau pembongkar.

Menurut Setiausaha Agung GERAKAN, Liang Teck Meng, sehingga ke hari ini tiada seorang pun wakil daripada parti DAP yang tampil memberi kenyataan mengecam tindakan samseng yang membuat ugutan terhadap ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin susulan pendedahannya tentang isu kilang haram di Sungai Lembu, Permatang Pauh.

“Selain daripada serangan perseorangan dan bahasa penghinaan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi DAP yang menggalakkan penyokong-penyokong mereka untuk melakukan perkara yang sama, berdiam diri terhadap sebarang ancaman daripada DAP secara tersiratnya menggalakkan tingkah laku gangster tersebut.

“Saya mengecam ugutan politik dan perilaku samseng. Ia tidak mempunyai tempat dalam politik,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Liang, dalam pada itu turut meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan ugutan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut terhadap Norlela .

“Hal ini mengingatkan saya tentang wang kertas sembahyang dan surat-surat mengancam yang diterima oleh saya dan rakan seperjuangan parti saya ketika saya meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membuat penjelasan ke atas skandal rumah banglo milik beliau yang dibeli dengan harga ‘terlajak murah’,” katanya.


0 comments:

share2